Tuesday, February 10, 2009

Kembara Ilmu Darul Makmur



Pada cuti Tahun Baru Cina (26 hingga 31 Januari 2009), saya telah mengikuti program Kembara Ilmu Darul Makmur yang diadakan di Kampung Sepat, Pahang. Program berbentuk bakti siswa anjuran kolej KAB ini berlangsung selama 6 hari 5 malam. Seperti program bakti siswa yang lain, saya dan rakan-rakan seramai tujuh orang ditempatkan bersama keluarga angkat. Hehe! Meriahnya tak terkata sebab kami adik beradik campur, 4 lelaki dan 3 perempuan. Mula-mula perasaan menjadi agak janggal juga, sebab saya tak pernah lagi mendapat adik beradik angkat lelaki dalam kalangan rakan-rakan saya sendiri. Tapi lama-kelamaan kami dapat biasakan diri, malah menjadi rapat kerana sering bergurau, bergaduh, berebut bilik air. Hai, agaknya pening kepala keluarga angkat kami melayan kerenah kami.

Buat pertama kali juga, saya menjadi AJK Protokol untuk program ini. Saya benar-benar belajar perkara baru memandangkan program ini mempunyai tiga majlis utama yang masing-masing melibatkan kehadiran YB Dato’ Hj. Md.Sohaimi Bin Mohamad Shah, DIMP, AMP, Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Lembing; YH Dato’Ab. Hamid bin Mohd Nazahar, Setiausaha Politik, Menteri Pelajaran Malaysia; YB Dato’ Haji Wan Adnan Wan Mamat, Pengerusi Jawatan Kuasa Belia, Sukan& Kebudayaan merankap ADUN Tg.Lumpur. Saya telah ditugaskan untuk menjadi stage manager untuk dua majlis dan satu majlis lagi sebagai flow manager. Mula-mula rasa macam tak yakin saja, sebab inilah pertama kali saya menjadi AJK Protokol. Tapi rakan-rakan telah menyakinkan saya, jadi saya pun tetap mencuba. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Walaupun AJK Protokol sangat sibuk sepanjang program, saya rasa sangat seronok kerana saya dapat belajar perkara baru. Hehe!!

Kg. Sepat merupakan sebuah kampung yang cantik, mempunyai pantai yang menjadi tarikan pengunjung terutamanya pada hujung minggu. Tetapi, ombak pantai ini sudah ’membaham’ banyak nyawa. Oleh sebab itulah, kami semua tidak dibenarkan bermandi-manda di pantai tersebut...huhu...sedih juga la rasanya... Kampung ini juga berpotensi untuk menjadi kawasan penternakan dan pertanian. Kebanyakan penduduk di sini mengusahakan pertanian dan penternakan termasuklah bapa angkat saya yang menternak lembu. Bukan sebarang penternak, bapa angkat saya mempunyai 200 lebih ekor lembu. Kami turut berpeluang mengunjungi kandang lembu ayah, memang banyak lembu... kebetulan saya memakai baju berwarna maroon pula pada hari tersebut. Saya rasa lembu-lembu itu hanya fokus pada saya seorang. Cuak juga rasanya...huhu...

Seronok berada di Kg. Sepat...berada di tepi pantai setiap petang benar-benar menenangkan jiwa. Terima kasih kepada semua penduduk Kg. Sepat yang menerima kehadiran kami di sana. Tidak lupa juga kepada ayah sekeluarga yang menerima kami seperti anak-anak sendiri. Kecoh rumah ayah dibuatnya dengan kehadiran kami. Hehe!!! Terima kasih semua....jasamu dikenang....(^.^)v

No comments:

Post a Comment