Saturday, February 21, 2009

Kecantikan Lelaki Dan Kegagahan Wanita

Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohaninya. Lelaki yang cantik,adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejalnya otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Just For Fun - 10 Cara Menakutkan Jiran Anda...

1.) Kat halaman belakang, gali 2-3 batas berbentuk kubur kemudian letakkan papan dan kain putih.
Bila jiran tegur nanti, kata “Takde apa-apa tu. Saya nak tanam sayur… .nak berkebun”, sambil menyiram air mawar keatas ‘kubur tipu’ tu… . lagi wangi lagi real…

2.) Bila jiran tengah menonton TV di ruang tamu mereka, ambil kerusi malas / kerusi plastik dan turut serta menonton TV mereka, tapi dari halaman mereka dan dengan menjengok2 tingkap mereka. Sure mereka seriau, especially kalau mereka tengah menonton cerita ‘Pontianak Harum’. Kalau boleh, pakai jubah putih dan lakukan pada malam hari.

3.) Pesan pizza tapi alamatkan ke rumah jiran anda. Setiap kali buat pesanan, suruh orang delivery hantar ke rumah mereka.
Kalau jiran complain, kata anda takde telefon jadi kena pesan ke alamat mereka…

4.) Setiap Subuh, alihkan tanaman dan pokok bunga jiran anda daripada tempat yang asal. Lakukan setiap pagi supaya tanaman / pasu bunga mereka sentiasa beralih-alih. Kalau mereka hairan, kata “Kuat berjalan betul pokok2 awak nih!”.

5.) Minta kebenaran mereka untuk membuang sampah di tong sampah mereka. Jika mereka tanya kenapa, kata je “Tong sampah saya penuh dengan mayat.. eh.eh… sampah… hehehe”.

6.) Bila menyidai baju di ampaian rumah, sidai sekali surat khabar, majalah dan buku2 anda.
Jika jiran tengok, kata je anda tak suka membaca bahan bacaan kotor.

7.) Suruh isteri dan anak2 anda mmanggil anda ‘Duli yang maha mulia seri paduka Zorgon’ depan jiran2.
Jika jiran nak tahu kenapa, kata je anda berasal dari kerabat diraja Marikh.

8.) Buat open-house dan jemput jiran2 anda. Tapi hidangkan kasut, selipar, terompah, boots dan kasut high-heels sebagai hidangan utama.
Buat barbeque di halaman dan panggangkan selipar jepun anda.
Cadangkan kepada jiran yang anda pun boleh tolong mereka panggang kasut mereka sekali.

9.) Bila jiran datang ke rumah anda, jangan bagi mereka duduk diatas kerusi. Suruh duduk kat lantai, walaupun ternyata ada sofa dan banyak kerusi lain. Kata yang kerusi2 kat rumah anda ada jerangkap samar (landmines).
Kalau ke rumah mereka, buat benda yang sama. Kata anda tak nak duduk, takut meletup…

10.) Buat patung boneka drp kain yang serupa macam muka dan pakaian jiran anda.
Jika dia terkejut, kata je anda rasa lonely dan boneka tersebut membuat anda rasa jiran anda sentiasa disisi dan tak lonely. Sure dia horror… .!

Zodiakku : Aquarius

Ciri Positif

Orang yang lahir pada tarikh antara 20 Januari hingga 18 Febuari dikatakan bernaung di bawah zodiak Aquarius, yang berlambang gelombang (alur air). Anda meminati pengembaraan, berjiwa kemanusiaan, ingin tahu, ada semangat berontak, bersikap spontan, progesif, persahabatan, hak asasi, berkumpulan, dan manfaat manusia.

Ciri Negatif

Walaubagaimana pun,ada kalanya Aquarius menghadapi gangguan, tak boleh dijangka, suka membantah, memberontak, tak lengkap, perilaku salah, tak kosisten, perangai radikal, kurang kaedah, dan mendatangkan bencana.

Kualiti Astrologi Aquarius termasuk dalam kategori tetap, iaitu termasuk kestabilan, ketabahan, ketahanan, dan kesempurnaan. Dengan kualiti ini anda baik untuk mempastikan sesuatu berjalan lancar atau berhasil. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori tetap selain anda ialah TAURUS, LEO dan SCORPIO.

AQUARIUS SEPINTAS LALU

Lambang :Gelombang (Alur air)
Kunci Kata :Kemanusiaan
Kekuatan :Keunikan dan wawasan
Perlu Perbaiki :Rasa hormat pada ego orang lain dan cinta peribadi
Cepat Mesra Dengan :Gemini
Perlu Belajar Daripada :Leo
Untuk Keselamatan Berpaling Kepada :Taurus
Kerjaya Boleh Dipergaruhi Oleh :Scorpio
Perkara Kerohanian Mudah Dibantu Oleh :Capricorn dan/atau Libra
Warna Kesukaan :Biru Kilat dan/atau Kelabu
Warna Yang Membuahkan Cinta Dan Harmoni :Emas dan/atau Oren
Warna Yang Menampilkan Kehebatan Diri Warna Air (Aqua)
Batu Permata :Mutiara Hitam; Baiduri; Biru Nilam
Logam :Plumbum
Bau-bauan :Azelea dan/atau Bunga Cina (Gardenia)
Hari Terbaik :Sabtu

AQUARIUS : GELAGAT PERHUBUNGAN

Anda yang dilahirkan berzodiak Aquarius ini , sangat terbuka. Anda memilih kawan atau pasangan terutama kerana daya tarik intelektual, bukan raut muka dan bentuk badan.Aquarius ini menyintai kebebasan sehingga tidak mungkin berdamping dengan seseorang yang pengongkong. Kegemaran pada kegiatan luar rumah menjadikan anda tidak berminat menjadi ‘ratu dapur’. Walaupun semacam dingin dan individu, namun Aquarius setia orangnya !

AQUARIUS : KERJAYA DAN KEWANGAN

Kelahiran Aquarius ini biasanya tekun bekerja dan ingin orang lain sama tekun bekerjasama. Lantaran itu Aquarius gemarkan kerjaya yang mengikat dirinya dengan asas kefalsafahan , kekreatifan dan berlandaskan kaedah serta teknik yang tersusun.

Aquarius cepat menguasai kerjaya dan berupaya menyumbang idea bagi peningkatan diri dan organisasi, dan gemar membantu teman sekerja. Walau bagaimana pun, untuk berjaya ke matlamat kerjaya yang tertinggi , anda perlu mengembangkan sensitiviti emosi, perasaan mendalam dan kesabaran yang tinggi.

Dari segi perolehan wang , kelahiran Aquarius cenderung bersikap idealistik dan kemanusiaan. Anda biasanya pemurah dan suka menyumbang untuk sosial dan politik tetapi tanpa mengharap balasan atau sanjungan. Aquarius memerlukan wang untuk keperluan yang berfaedah bagi diri, keluarga atau orang lain. Tetapi bukan untuk status diri sendiri semata – mata.

AQUARIUS : KELUARGA DAN RUMAH TANGGA

Dalam keluarga dan rumah tangga, kelahiran Aquarius mudah berubah, iaitu tidak stabil. Namun , anda tetap inginkan sebuah rumah yang baik untuk melayan keluarga dan kawan.

Demi keharmonian rumah tangga dan keluarga, anda perlu memasukkan ciri-ciri kestabilan dan kualiti. Di samping mengutamakan daya intelektual , anda sebenarnya perlu meresapkan cinta ke dalam rumah dan keluarga.

Rahsia Personaliti Melalui Gaya Bercuti

PULAU
Keindahannya dan kedamaian pulau pasti menjadi pilihan individu yang gemarkan ketenangan. Walaupun terpaksa memperuntukan sejumlah wang yang agak banyak yang agak banyak untuk merealisasikan percutian ini, itu tidak menjadi halangan! Apa yang pasti, kenikmatan dan ketenangan akan diperolehi kelak!

Personaliti
Bijak mengawal emosi, itulah gambaran tepat mengenai personaliti individu yang gemarkan percutian ke destinasi-destinasi sebegini. Selain itu, individu yang tergolong dalam kategori ini juga memiliki jiwa yang agak sensitif, justeru tidak hairanlah sekiranya orangnya agak sensitif perasa dan mudah tersinggung.

Percintaan
Perwatakan yang lembut dan ramah sering membuatkan individu di sekeliling mudah jatuh hati dengan individu ini. Tidak hairanlah sekiranya mereka mempunyai ramai peminat. Walau bagaimanapun individu yang memiliki ciri-ciri sebegini sememangnya bijak memilih pasangan hidup dan sentiasa berhati-hati dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya sudah terikat dengan cinta, kejujuran dan keikhlasan individu ini tidak perlu diragui lagi oleh pasangannya.

BANDAR-BANDAR BESAR
Lain orang lain persepsinya. Percutian di bandar-bandar besar mungkin digemari oleh segelintir individu. Ada yang berpendapat percutian di bandar-bandar besar ini mampu memberikan satu kepuasan yang agak eksklusif. Sudah tentu di bandar-bandar besar sebegini memiliki serba-serbi kemudahan yang memuaskan dan sekaligus memudahkan perjalanan percutian individu itu.

Personaliti
Individu yang gemarkan percutian di bandar-bandar besar ini dikatakan memilliki sifat yakin diri sendiri dan mereka tergolong dalam kategori individu yang optimis. Kadangkala agak keras kepala dan ada kalanya sukar menerima pandangan dan pendapat orang lain. Selain itu soal kewangan juga harus dipandang serius kerana mereka terlalu mudah mengeluarkan wang untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah, pendek kata orangnya agak boros!.

Percintaan
Cinta bukanlah agenda utama dalam hidup individu yang tergolong dalam kategori ini. Mereka tidak serius apabila membincangkan topik berkaitan cinta. Takut pada komitmen soal ini. Walau bagaimanapun, individu di sekelingnya juga perlu berhati-hati kerana mereka yang tergolong dalam kategori ini dikatakan gemar bertukar-tukar pasangan.

TAMAN TEMA
Selalunya destinasi sebegini menjadi pilihan utama kanak-kanak.tapi tidak kurang juga, ada segelintir goilongan dewasa yang gemarkan percutian ke taman-taman tema ini. Keseronokan dan kemeriahan itulah yang dicari sehingga sanggup menghabiskan masa seharian dengan bermain-main sambil berjalan-jalan di destinasi taman tema pilihan mereka.

Personaliti
Selalunya individu yang tergolong dalam kategori ini memiliki ramai teman. Mereka gemar menghabiskan masa diluar bersama teman-teman. Sikap mudah bergaul menjadikan mereka individu yang sangat disenangi. Sikap agak keanak-anakan juga menjadi faktor mengapa ramai yang gemar mendampingi individu yang tergolong dalam kategori ini.

Percintaan
Melihat sikapnya yang agak keanak-anakan, ada kalanya membuatkan pasangannya agak bosan. Mereka sukar untuk bersikap serius sekiranya dikehendaki membincangkan sesuatu perkara. Walau bagaimanapun pasangannya harus bersyukur kerana individu yang tergolong dalam kategori ini dikatakan seorang yang tabah dan rela berkorban, khususnya untuk kebahagian pasangannya itu.

BANDAR / KOTA BERSEJARAH
Bandar bersejarah merupakan tempat utama mencari ilham bagi mereka yang berjiwa patriotik. Tak hairanlah ada yang sanggup menitiskan air mata tatkala mengingatkan pengorbanan para pejuang dahulu kala mempertahankan negara tercinta. Contohnya Melaka, pasti kita akan kagum dengan pengorbana yang telah dilaburkan. Tanpa pengorbanan tersebut oleh mereka yang terdahulu pasti kita tidak dapat menikmati kehidupan seperti sekarang ini.

Personaliti
Individu yang gemar bercuti tempat bersejarah umumnya mempunyai jiwa dan perasaan yang abstrak. Sukar di tafsirkan dan dimengertikan. Dari segi penampilan,mereka lebih gemar berpakaian ringkas dan sempoi contohnya seluar besar, baju besar, beg besar dan bersandal nipis. Mereka ini persis seniman jalanan yang gemarkan kehidupan yang sederhana.

Percintaan
Sikapnya yang agak tegas dan serius kadangkala membuatkan cinta mereka ini tidak dapat dilihat secara telus. Dan ini amat membimbangkan sekiranya pasangan mereka tidak dapat memahami dan mengenali secara lebih dekat siapakah diri mereka yang sebenar. Lazimnya mereka ini sebenarnya gemar dimanja walaupun kadangkala mereka terlalu sukaruntuk mempamerkan kasih sayang terhadap pasangan.

GUNUNG-GANANG
Mendaki gunung, berekspedisi dan menhabiskan masa di kawasa hutan merupakan saat paling indah bagi mereka yang berminat denga aktiviti lasak. Malah, peluang dapat bersama teman-teman menhabiskan cuti hujung minggu di kawasan pergunungan merupakan pengalaman paling manis bagi mereka. Satu kepuasan yang tinggi nilainya sekiranya impian untuk menawan puncak gunung yang menjadi target utama berjaya. Tak kisahlah sekiranya terpaksa mengeluarkan wang yang banyak semata-mata ingin menyertai sesebuah ekspedisi, asalkan hati puas dan gembira.

Personaliti
Selalunya, individu seperti ini tidak gemar menghabiskan masa di kompleks membeli belah atau bersembang di cafe mewah bersama teman-teman. Pada pendapat mereka, sikap begini hanya mendatangkan kerugian dan tidak memberi apa-apa makna dalam hidup mereka. Individu yang gemarkan aktiviti lasak seperti ini merupakan seorang yang berfikiran terbuka. Lasak dan berdikari. Tak hairanlah jika mereka ini bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Pastinya mereka ini bukan seorang individu yang membosankan.

Percintaan
Individu jenis ini sukakan pasangan yang mampu hidup berdikari tanpa bergantung kepada sesiapa. Malah, kebanyakan masa mereka dihabiskan dengan melakukan aktiviti lasak bersama teman-teman yang mempunyai minat yang sama dengan mereka. Selalunya mereka jenis ini bukanlah seorang yang taksub dengan cinta atau terlalu manja. Mereka gemarkan percintaan yang berlandaskan prinsip ‘ada kalanya kita bagai pasangan kekasih, dan ada kalanya kita sebagai kawan biasa’. Bagi mereka yang tidak memahami prinsip seperti ini, pasti hati mudah terhiris dan terluka. Tidak hairanlah jika individu seperti ini lebih senang menjalinkan cinta dengan kawan-kawan yang sudah mereka kenali.

Friday, February 20, 2009

Rahsia Bulan Kelahiran

Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

JANUARI
* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI
* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC
* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL
* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI
* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros

JUN
* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI
* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

OGOS
* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan

SEPTEMBER
* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik

OKTOBER
* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat

NOVEMBER
* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Tuesday, February 10, 2009

Kembara Ilmu Darul Makmur



Pada cuti Tahun Baru Cina (26 hingga 31 Januari 2009), saya telah mengikuti program Kembara Ilmu Darul Makmur yang diadakan di Kampung Sepat, Pahang. Program berbentuk bakti siswa anjuran kolej KAB ini berlangsung selama 6 hari 5 malam. Seperti program bakti siswa yang lain, saya dan rakan-rakan seramai tujuh orang ditempatkan bersama keluarga angkat. Hehe! Meriahnya tak terkata sebab kami adik beradik campur, 4 lelaki dan 3 perempuan. Mula-mula perasaan menjadi agak janggal juga, sebab saya tak pernah lagi mendapat adik beradik angkat lelaki dalam kalangan rakan-rakan saya sendiri. Tapi lama-kelamaan kami dapat biasakan diri, malah menjadi rapat kerana sering bergurau, bergaduh, berebut bilik air. Hai, agaknya pening kepala keluarga angkat kami melayan kerenah kami.

Buat pertama kali juga, saya menjadi AJK Protokol untuk program ini. Saya benar-benar belajar perkara baru memandangkan program ini mempunyai tiga majlis utama yang masing-masing melibatkan kehadiran YB Dato’ Hj. Md.Sohaimi Bin Mohamad Shah, DIMP, AMP, Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Lembing; YH Dato’Ab. Hamid bin Mohd Nazahar, Setiausaha Politik, Menteri Pelajaran Malaysia; YB Dato’ Haji Wan Adnan Wan Mamat, Pengerusi Jawatan Kuasa Belia, Sukan& Kebudayaan merankap ADUN Tg.Lumpur. Saya telah ditugaskan untuk menjadi stage manager untuk dua majlis dan satu majlis lagi sebagai flow manager. Mula-mula rasa macam tak yakin saja, sebab inilah pertama kali saya menjadi AJK Protokol. Tapi rakan-rakan telah menyakinkan saya, jadi saya pun tetap mencuba. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Walaupun AJK Protokol sangat sibuk sepanjang program, saya rasa sangat seronok kerana saya dapat belajar perkara baru. Hehe!!

Kg. Sepat merupakan sebuah kampung yang cantik, mempunyai pantai yang menjadi tarikan pengunjung terutamanya pada hujung minggu. Tetapi, ombak pantai ini sudah ’membaham’ banyak nyawa. Oleh sebab itulah, kami semua tidak dibenarkan bermandi-manda di pantai tersebut...huhu...sedih juga la rasanya... Kampung ini juga berpotensi untuk menjadi kawasan penternakan dan pertanian. Kebanyakan penduduk di sini mengusahakan pertanian dan penternakan termasuklah bapa angkat saya yang menternak lembu. Bukan sebarang penternak, bapa angkat saya mempunyai 200 lebih ekor lembu. Kami turut berpeluang mengunjungi kandang lembu ayah, memang banyak lembu... kebetulan saya memakai baju berwarna maroon pula pada hari tersebut. Saya rasa lembu-lembu itu hanya fokus pada saya seorang. Cuak juga rasanya...huhu...

Seronok berada di Kg. Sepat...berada di tepi pantai setiap petang benar-benar menenangkan jiwa. Terima kasih kepada semua penduduk Kg. Sepat yang menerima kehadiran kami di sana. Tidak lupa juga kepada ayah sekeluarga yang menerima kami seperti anak-anak sendiri. Kecoh rumah ayah dibuatnya dengan kehadiran kami. Hehe!!! Terima kasih semua....jasamu dikenang....(^.^)v

Saturday, February 7, 2009

Fakta Tentang Ketenangan




Apa itu ketenangan?
Ketenangan adalah suatu keadaan di mana anda merasa selesa, lega dan bebas dari tekanan perasaan.

Apakah petunjuk yang kita rasa tenang?
• Degupan jantung pada kadar biasa
• Pernafasan mudah dan selesa
• Tiada ketegangan otot
• Fikiran bebas dari segala kerisauan
• Selesa tubuh badan

Apakah kebaikan bila kita rasa tenang?
• Mudah berasa gembira
• Bebas dari tekanan, runsing dan marah
• Dapat tidur dengan nyenyak
• Fikiran lebih rasional
• Mudah menghadapi sebarang kesukaran
• Mudah menyelesaikan sebarang masalah

Apakah bentuk-bentuk ketenangan?

• Mengalih perhatian:
o Mendengar alunan muzik
o Menonton televisyen
o Membuat sesuatu yang anda gemari seperti bermain alat muzik, melukis,
mengukir dan bersukan
o Melakukan aktiviti kerohanian-berzikir
o Meluahkan perasaan hati melalui penulisan

• Mengambil bahagian di dalam aktiviti yang menyeronokkan:
o Relaksasi fizikal
o Berurut dan rawatan spa
o Yoga
o Senaman Tai Chi / Qigong
o Pergerakan dan percakapan yang stabil
o Teknik-teknik pernafasan

• Relaksasi mental:
o Bertafakur / meditasi
o Bayangkan perkara dan peristiwa yang menyeronokkan fikiran
o Tidur secara tetap dan teratur

• Ubat-ubatan khusus: Ubat khusus dapat membantu ketenangan
• Bincang bersama doktor. Adalah digalakkan supaya anda:
o Mencuba kaedah lain untuk relaks
o Jangan terlalu bergantung kepada ubat-ubatan.

Cara mudah mendapatkan ketenangan
• Kerap bersenam dan riadah
• Tentukan kedudukan badan yang selesa agar senang bernafas
• Keadaan sekeliling yang segar dan selesa
• Amalkan fikiran positif

Contoh-contoh teknik relaksasi?

1. Gambaran yang menggembirakan
Disenaraikan cara-cara yang anda boleh gunakan bagi mendapatkan ketenangan:
•Bayangkan tempat yang anda fikirkan selamat, aman damai, dapat berehat dengan
tenang, cantik dan suka seperti di pantai, di air terjun, pemandangan di gunung
dan apa jua yang difikirkan untuk ketenangan
•Bayangkan bunyi air mengalir, deruan ombak atau kicauan burung, bau rumput yang
baru dipotong, menikmati pemerhatian di tebing, matahari terbenam, pemandangan di
laut dan merasai pasir, daun dan lain-lain
•Cantum dan bayangkan perasaan anda melalui senaman pernafasan

2. Ketenangan fizikal
Teknik relaksasi fizikal meliputi:

Teknik pernafasan yang perlahan dan mendalam:
• Duduk atau baring dengan selesa dan luruskan pinggang
• Tarik nafas panjang, tahan selama 2 saat dan lepaskannya perlahan-lahan
• Cuba hembuskan nafas keluar perlahan-lahan berbanding ketika menarik nafas dalam
• Ulangi kaedah di atas sehingga anda rasa tenteram
• Bila tenang anda tidak perlu menarik nafas panjang tetapi lakukan dengan
melepaskan nafas perlahan lahan bagi memastikan ketenangan
Relaksasi Otot. Ketenangan otot digunakan bagi menenangkan badan bila
keadaan otot menjadi tegang:
• Bila anda bernafas, anda telah menegangkan sebahagian otot-otot yang kejang
• Tahankan otot-otot yang menegang selama 3 saat
• Lepaskan otot yang kejang dan lepaskan nafas, di waktu yang sama anda akan
rasakan kekejangan akan hilang semasa anda melepaskan nafas
• Ulangi langkah seperti di atas 2-3 kali sehingga anda rasa lebih tenang
• Dengan menegangkan otot anda akan dapati anda boleh merasai ketegangan dan
ketenangan lebih dari apa yang diharapkan

Anda akan mendapat tindak balas ketenangan melalui langkah-langkah berikut:
• Duduk dengan selesa dan senyap
• Tutup mata
• Mulakan dengan menenangkan otot-otot kaki dan otot-otot badan
• Tumpukan perhatian kepada pernafasan
• Tarik nafas panjang dan lepaskan perlan-lahan

Bolehkah ubat membantu kita rasa tenang?
Ya, Boleh. Ubat-ubatan khusus boleh membantu anda merasa tenang.
Walau bagaimanapun kemahiran khusus lebih membantu jika ketiadaan ubat. Dapatkan khidmat nasihat doktor anda.

Di mana anda boleh mendapat bantuan?
• Kaunselor
• Pakar Psikologi
• Pegawai perubatan

Friday, February 6, 2009

CUTE GAME...

1. Copy Badge “2008 Cute’s Blogger Award” untuk diletakkan di blog anda.

2. Link atau ceritakan kembali siapa yg memberikan award ini kepada anda.

Fath yang bagi award ni kat saya...huhu...tq fren...(^.^)v...org first yang saya kenal kat UPSI ni Fath la...saya kenal dia ms hari pendaftaran universiti kat Kolej Za'ba...kat tangga lak tu...saja sembang-sembang sementara tunggu giliran nak daftar...tapi tengok2 kitorg sebilik rupanya... huhu...mula dari situlah kitorg jd rapat...dan kitorg still tinggal sebilik sampai sekarang...maksudnya dah 6 sem bersamaan 3 tahun kitorg kongsi bilik...camne saya nk describe tentang Fath yer...erm...dia seorang sahabat yang boleh bersama saat ketawa dan menangis...tu yang penting dan sangat saya hargai...saya rasa kat UPSI ni, Fath la yang paling banyak tahu tentang saya coz saya banyak bercerita dengan dia dan kebanyakan cerita tersebut tidak saya ceritakan kepada org lain...Fath seorang yg sgt komited dengan kerja yang dia lakukan...sebab tu la saya rasa dia antara orang penting dalam JMK. Tiap2 minggu rasanya JMK ada program dan hampir setiap mlm jugak la JMK ada meeting. Dan Fath jarang tinggalkan program dan meeting kecuali dia sakit atau ada hal lain. Saya yakin Fath akan jd seorang kaunselor yang berwibawa nanti coz dari segi praktikalnya, Fath banyak pengalaman dari segi pengendalian program. Jadi ketua fasilitator dah biasa bagi dia...asalkan ada program sekolah jer, automatik JMK akan suruh Fath yang jadi ketua fasi...Fath ni giler PC dan teror bhgn teknikal...haha...no doubt about it...dia blh menghadap laptop sehari suntuk tanpa boring...ada jer benda yang dia akan explore dan download...saya kagum betul...Selain tu, dia suka beli buku terutamanya novel...memang dia banyak koleksi novel...saya pun tak terbaca lagi semua novel dia tu, banyak... Huhu...banyak benda lagi tentang Fath ni...tapi saya rasa cukup la setakat ni jer yea...nanti meleret2 jadinya...hehe!! Apa2 pun, i’m proud 2 b ur fren...

3.Setiap bl0gger hendaklah menyatakan 10 fakta/h0bi diri sendiri

- keluarga adalah segalanya bg diri saya...saya sanggup buat apa saja demi keluarga saya... mereka adalah tunjang kekuatan diri saya...



- dulu saya agak tomboy coz terpengaruh ngan adik-beradik saya yang semuanya lelaki... kiranya agak lasak jugak la...nasib baik bila dah besar ni, saya jd feminin sikit...(feminin kerrr???)

- saya suka baca novel tapi kena tunggu ada mood n feel dulu utk bc novel tu...dan saya tak suka jalan cerita novel yang terlalu perfect...lagi banyak konflik lagi best...hehe...

- saya suka surf internet tapi tak suka download...huhu...so klu kerja2 download tu saya serahkan kepada Fath...(^.^)v

- saya tak suka dipermainkan dan mempermainkan org...sebab tu saya sgt berhati2 tentang cinta...bagi saya, cinta bukan suatu permainan...lebih baik sendiri daripada bercinta dengan orang yg tak tahu erti dan menghargai cinta...

- seorang yang happy, mudah ketawa (saya sendiri tak tahu kenapa saya suka ketawa, tapi bila orang lain buat lawak, saya boleh ketawa sampai tak ingat dunia...huhu), lebih selesa pendam sahaja perasaan daripada meluahkannya tak kira la suka ke, marah ke, geram ke, benci ke, saya tak akan ckp direct pd orang tu, suka berangan (tu habit saya sejak azali lagi) tapi angan2 tu sebenarnya sbhgn drpd motivasi diri saya...

- saya suka tengok citer korea, jepun, taiwan n china...tapi plng best citer korea la...lakonan dyorg mmg ‘hidup’, dan biasanya saya leh nangis bila tgk citer korea...hukhuk!!!

- saya susah nak marah orang, lebih suka jaga hati orang, walaupun hati sendiri yang sakit... tapi jgn buat sampai saya membenci orang...sekali saya membenci, susah nk pulihkan hubungan balik...

- sgt mementingkan persahabatan...friendship is priceless...

- ...wanna be stronger... CHAIYUK WANIE!!!

4. Then... Anda perlu memilih 5 penerima award seterusnya dan menyertakan nama mereka di bl0g anda.

Pemenang seterusnya adalah:

-FATH
-IDA
-YUN
-YATI
-FREDDY