Sunday, August 29, 2010

WANIE KEMBALI LAGI.....

Assalamualaikum....

Pertama sekali, wanie nak ucap salam ramadhan walaupun agak terlewat...huhuhu.... Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan untuk menghayati ramadhan kali ini, moga ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya.

Memang lama sungguh wanie tak jenguk blog wanie ni. Apatah lagi nak update...huhuhu... tapi tetiba jer rasa nak try aktif balik tulis blog nih...saya budak baru belajar, kalau nak dibandingkan dengan orang lain...memang blog wanie ni cam tenggelam timbul jer....hahaha...tapi tak pe, wanie akan cuba update bila perlu. Skill yang kita belajar tak seharusnya kita pendam dan lupakan saja kan??? rugi rugi.... so, di tengah malam yang sunyi ni wanie berazam untuk cuba aktif dalam menulis blog kembali....
(kita tengok sampai bila azam ni berkekalan....hahaha ;p)

Friday, September 4, 2009

Hlovate : Minat Baru



Assalamualaikum…salam pembuka bicara untuk semester ni...setelah beberapa bulan saya menyepi...erm...nak tulis blog tapi tak ada mood...tak ada cite yang menarik...tak ada energy...tak ada masa...dan macam-macam lagi “tak ada” yang dijadikan alasan...hahaha...macam ni la manusia : “macam-macam alasan”...

So sekarang saya dah ada mood...dah ada cite...dah ada energy...n dah ada masa (walaupun assignment tak abis2...n tesis tak sentuh2)...hehe...

Cite pasal minat baru...minat pada Hlovate...siapa Hlovate???

Jangan tanya...coz saya sendiri tak kenal dia...tak tau muka dia camne...tapi karya dia buat saya semakin dekat dengan dia...tak macam novelis yang lain... Hlovate hanya mahu dikenali sebagai Hlovate...tanpa tunjukkan nama sebenar...mahupun wajahnya...apatah lagi jantinanya...misteri sungguh...

Roommate saya yang kenalkan saya dengan karya-karya Hlovate ni...mula-mula jeling sebelah mata jer...heheh! Coz saya ni ada peel jugak bila nak baca novel...timing kena ok...mood kena ok...novel pun kena ok...dan bila ketiga-tiga kriteria ni menepati DSM-nya..(hahaha...pinjam ayat abnormal)...maka bermulalah penerokaan saya... no turning back!!

Tunas...karyanya yang baru abis saya khatam...terkekek saya ketawa...tapi pastu berkerut balik dahi...(kalau dilihat pada simptom2 tersebut, macam bipolar disorder lak)... hahaha!! Tunas membuatkan saya terkenang kembali zaman persekolahan saya...suatu fasa yang istimewa...macam mana Addin merasakan istimewanya zaman persekolahannya...walaupun kisah kami berbeza... tapi ada unsur2 yang sama... nakal tapi ada masanya skema... Sekolah yang mengajar erti kehidupan...

Dan sekarang... saya meneruskan penerokaan untuk karya Hlovate yang seterusnya... Aa+Bb...dan siapa Hlovate???Erm...dia terus berahsia kerana dia selesa begitu... dan saya... penerimaan tanpa syarat...yang penting karyanya terus menyengat...hehe...

Hlovate ~ Semua orang belajar, semua orang membesar; tetapi tidak semua orang menjadi dewasa. Selagi hidup bersama masa, maka selagi itu juga yang hidup itu dewasa bersama usia.

Thursday, April 16, 2009

Lambaian Pangkor Memanggilku...

Huhu...dah agak lama sebenarnya saya tak update blog saya ni...bila kesibukan menghambat diri...kadang-kadang terlupa pula pada blog ni...minta maaf sangat-sangat kepada anda yang mengikuti blog ini. Hari tu Kiah ada minta saya post pasal trip ke Pangkor... Walaupun dah lama program ni berlalu, tapi apa salahnya saya berkongsi sedikit kenangan saya kan...hehe! Kursus Pemantapan Organisasi (AJK Blok) yang saya sertai ini merupakan program kolej khusus untuk semua AJK Blok dengan tujuan untuk memantapkan pengetahuan, kemahiran dan maklumat para peserta berkenaan dengan pengurusan organisasi KAB. Saya telah mendapat banyak maklumat daripada program ini. Malah, kami turut membuat stimulasi protokol sebagai LDK.Memang menarik...




Gambar ni ditangkap semasa kami berada di atas feri ketika dalam perjalanan menuju ke Pulau Pangkor...hai...macam-macam gelagat budak-budak KAB ni...hehe!!




Antara LDK yang telah kami lakukan...




Mendengar ceramah dengan penuh minat...fokus...fokus...




En. Syed semasa menyampaikan ceramah Etiket Protokol...banyak perkara dan maklumat baru yang saya perolehi tentang Protokol ini...bagus...bagus...




En. Anizan semasa menyampaikan ceramah Pengurusan Program...macam mana nak buat paperwork yang baik, bajet, mendapatkan kelulusan program dan macam-macam lagi...




Setelah mendapat banyak input, kami pun tak melepaskan peluang untuk enjoy sepuas-puasnya...menghilangkan segala tension yang ada...hehe...memang best coz banyak aktiviti pantai yang dilakukan... (^.~)v





Get ready nak gi snorkeling...hehe!!!Pertama kali saya cuba belajar macam mana nak snorkeling...so, kena la naik bot dulu untuk pergi ke destinasi snorkeling...





Rasa macam lawak pula bila teringat balik kenangan masa snorkeling...apalah nasib... time kami nak snorkeling, air laut tengah pasang...tapi team KAB ni main redah jer terjun dari bot...tinggal la saya seorang kat atas bot...sebenarnya saya takut nak turun coz tengok air macam dalam jer...memang dalam pun...lepas tu ternampak pulak obor-obor...huhuhu!!! Mula la macam-macam negative thinking masuk dalam otak saya ni...waaa!!!macam mana ni...tinggal saya sorang atas bot...brother yang bawa bot ni pun dah tension tengok saya coz tak reti-reti nak terjun lagi...haha!!!last-last... saya ambil tindakan berani mati...just terjun n berenang laju-laju...semuanya coz gara-gara takutkan obor-obor...hahaha!!!tapi bila time tangkap gambar...still maintain...hehe!!!





Hari terakhir kami berada di Pangkor, kami telah mengambil kesempatan untuk round keliling Pangkor. So kami telah menyewa basikal setiap seorang n pergi ronda ramai-ramai. Walaupun dah lama tak naik basikal, nasib baik saya masih ada stamina untuk kayuh basikal ni. Naik n turun bukit...semput juga la...hehe...tapi memang best kenangan ni...masa ni juga la saya hampir accident masa nak lintas jalan...huhu... nasib baik uncle tu brek mengejut...waaa...kalau tak...mungkin padah la jawabnya... syukur ke hadrat Ilahi...



Mungkin tema semester ni pantai... hampir kesemua program luar kolej yang saya sertai destinasinya adalah ke pantai...dan saya sangat gembira apabila berada di sana...terima kasih kepada semua yang terlibat...KAB...DULU...KINI...DAN SELAMANYA...

Saturday, February 21, 2009

Kecantikan Lelaki Dan Kegagahan Wanita

Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohaninya. Lelaki yang cantik,adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejalnya otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Just For Fun - 10 Cara Menakutkan Jiran Anda...

1.) Kat halaman belakang, gali 2-3 batas berbentuk kubur kemudian letakkan papan dan kain putih.
Bila jiran tegur nanti, kata “Takde apa-apa tu. Saya nak tanam sayur… .nak berkebun”, sambil menyiram air mawar keatas ‘kubur tipu’ tu… . lagi wangi lagi real…

2.) Bila jiran tengah menonton TV di ruang tamu mereka, ambil kerusi malas / kerusi plastik dan turut serta menonton TV mereka, tapi dari halaman mereka dan dengan menjengok2 tingkap mereka. Sure mereka seriau, especially kalau mereka tengah menonton cerita ‘Pontianak Harum’. Kalau boleh, pakai jubah putih dan lakukan pada malam hari.

3.) Pesan pizza tapi alamatkan ke rumah jiran anda. Setiap kali buat pesanan, suruh orang delivery hantar ke rumah mereka.
Kalau jiran complain, kata anda takde telefon jadi kena pesan ke alamat mereka…

4.) Setiap Subuh, alihkan tanaman dan pokok bunga jiran anda daripada tempat yang asal. Lakukan setiap pagi supaya tanaman / pasu bunga mereka sentiasa beralih-alih. Kalau mereka hairan, kata “Kuat berjalan betul pokok2 awak nih!”.

5.) Minta kebenaran mereka untuk membuang sampah di tong sampah mereka. Jika mereka tanya kenapa, kata je “Tong sampah saya penuh dengan mayat.. eh.eh… sampah… hehehe”.

6.) Bila menyidai baju di ampaian rumah, sidai sekali surat khabar, majalah dan buku2 anda.
Jika jiran tengok, kata je anda tak suka membaca bahan bacaan kotor.

7.) Suruh isteri dan anak2 anda mmanggil anda ‘Duli yang maha mulia seri paduka Zorgon’ depan jiran2.
Jika jiran nak tahu kenapa, kata je anda berasal dari kerabat diraja Marikh.

8.) Buat open-house dan jemput jiran2 anda. Tapi hidangkan kasut, selipar, terompah, boots dan kasut high-heels sebagai hidangan utama.
Buat barbeque di halaman dan panggangkan selipar jepun anda.
Cadangkan kepada jiran yang anda pun boleh tolong mereka panggang kasut mereka sekali.

9.) Bila jiran datang ke rumah anda, jangan bagi mereka duduk diatas kerusi. Suruh duduk kat lantai, walaupun ternyata ada sofa dan banyak kerusi lain. Kata yang kerusi2 kat rumah anda ada jerangkap samar (landmines).
Kalau ke rumah mereka, buat benda yang sama. Kata anda tak nak duduk, takut meletup…

10.) Buat patung boneka drp kain yang serupa macam muka dan pakaian jiran anda.
Jika dia terkejut, kata je anda rasa lonely dan boneka tersebut membuat anda rasa jiran anda sentiasa disisi dan tak lonely. Sure dia horror… .!

Zodiakku : Aquarius

Ciri Positif

Orang yang lahir pada tarikh antara 20 Januari hingga 18 Febuari dikatakan bernaung di bawah zodiak Aquarius, yang berlambang gelombang (alur air). Anda meminati pengembaraan, berjiwa kemanusiaan, ingin tahu, ada semangat berontak, bersikap spontan, progesif, persahabatan, hak asasi, berkumpulan, dan manfaat manusia.

Ciri Negatif

Walaubagaimana pun,ada kalanya Aquarius menghadapi gangguan, tak boleh dijangka, suka membantah, memberontak, tak lengkap, perilaku salah, tak kosisten, perangai radikal, kurang kaedah, dan mendatangkan bencana.

Kualiti Astrologi Aquarius termasuk dalam kategori tetap, iaitu termasuk kestabilan, ketabahan, ketahanan, dan kesempurnaan. Dengan kualiti ini anda baik untuk mempastikan sesuatu berjalan lancar atau berhasil. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori tetap selain anda ialah TAURUS, LEO dan SCORPIO.

AQUARIUS SEPINTAS LALU

Lambang :Gelombang (Alur air)
Kunci Kata :Kemanusiaan
Kekuatan :Keunikan dan wawasan
Perlu Perbaiki :Rasa hormat pada ego orang lain dan cinta peribadi
Cepat Mesra Dengan :Gemini
Perlu Belajar Daripada :Leo
Untuk Keselamatan Berpaling Kepada :Taurus
Kerjaya Boleh Dipergaruhi Oleh :Scorpio
Perkara Kerohanian Mudah Dibantu Oleh :Capricorn dan/atau Libra
Warna Kesukaan :Biru Kilat dan/atau Kelabu
Warna Yang Membuahkan Cinta Dan Harmoni :Emas dan/atau Oren
Warna Yang Menampilkan Kehebatan Diri Warna Air (Aqua)
Batu Permata :Mutiara Hitam; Baiduri; Biru Nilam
Logam :Plumbum
Bau-bauan :Azelea dan/atau Bunga Cina (Gardenia)
Hari Terbaik :Sabtu

AQUARIUS : GELAGAT PERHUBUNGAN

Anda yang dilahirkan berzodiak Aquarius ini , sangat terbuka. Anda memilih kawan atau pasangan terutama kerana daya tarik intelektual, bukan raut muka dan bentuk badan.Aquarius ini menyintai kebebasan sehingga tidak mungkin berdamping dengan seseorang yang pengongkong. Kegemaran pada kegiatan luar rumah menjadikan anda tidak berminat menjadi ‘ratu dapur’. Walaupun semacam dingin dan individu, namun Aquarius setia orangnya !

AQUARIUS : KERJAYA DAN KEWANGAN

Kelahiran Aquarius ini biasanya tekun bekerja dan ingin orang lain sama tekun bekerjasama. Lantaran itu Aquarius gemarkan kerjaya yang mengikat dirinya dengan asas kefalsafahan , kekreatifan dan berlandaskan kaedah serta teknik yang tersusun.

Aquarius cepat menguasai kerjaya dan berupaya menyumbang idea bagi peningkatan diri dan organisasi, dan gemar membantu teman sekerja. Walau bagaimana pun, untuk berjaya ke matlamat kerjaya yang tertinggi , anda perlu mengembangkan sensitiviti emosi, perasaan mendalam dan kesabaran yang tinggi.

Dari segi perolehan wang , kelahiran Aquarius cenderung bersikap idealistik dan kemanusiaan. Anda biasanya pemurah dan suka menyumbang untuk sosial dan politik tetapi tanpa mengharap balasan atau sanjungan. Aquarius memerlukan wang untuk keperluan yang berfaedah bagi diri, keluarga atau orang lain. Tetapi bukan untuk status diri sendiri semata – mata.

AQUARIUS : KELUARGA DAN RUMAH TANGGA

Dalam keluarga dan rumah tangga, kelahiran Aquarius mudah berubah, iaitu tidak stabil. Namun , anda tetap inginkan sebuah rumah yang baik untuk melayan keluarga dan kawan.

Demi keharmonian rumah tangga dan keluarga, anda perlu memasukkan ciri-ciri kestabilan dan kualiti. Di samping mengutamakan daya intelektual , anda sebenarnya perlu meresapkan cinta ke dalam rumah dan keluarga.

Rahsia Personaliti Melalui Gaya Bercuti

PULAU
Keindahannya dan kedamaian pulau pasti menjadi pilihan individu yang gemarkan ketenangan. Walaupun terpaksa memperuntukan sejumlah wang yang agak banyak yang agak banyak untuk merealisasikan percutian ini, itu tidak menjadi halangan! Apa yang pasti, kenikmatan dan ketenangan akan diperolehi kelak!

Personaliti
Bijak mengawal emosi, itulah gambaran tepat mengenai personaliti individu yang gemarkan percutian ke destinasi-destinasi sebegini. Selain itu, individu yang tergolong dalam kategori ini juga memiliki jiwa yang agak sensitif, justeru tidak hairanlah sekiranya orangnya agak sensitif perasa dan mudah tersinggung.

Percintaan
Perwatakan yang lembut dan ramah sering membuatkan individu di sekeliling mudah jatuh hati dengan individu ini. Tidak hairanlah sekiranya mereka mempunyai ramai peminat. Walau bagaimanapun individu yang memiliki ciri-ciri sebegini sememangnya bijak memilih pasangan hidup dan sentiasa berhati-hati dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya sudah terikat dengan cinta, kejujuran dan keikhlasan individu ini tidak perlu diragui lagi oleh pasangannya.

BANDAR-BANDAR BESAR
Lain orang lain persepsinya. Percutian di bandar-bandar besar mungkin digemari oleh segelintir individu. Ada yang berpendapat percutian di bandar-bandar besar ini mampu memberikan satu kepuasan yang agak eksklusif. Sudah tentu di bandar-bandar besar sebegini memiliki serba-serbi kemudahan yang memuaskan dan sekaligus memudahkan perjalanan percutian individu itu.

Personaliti
Individu yang gemarkan percutian di bandar-bandar besar ini dikatakan memilliki sifat yakin diri sendiri dan mereka tergolong dalam kategori individu yang optimis. Kadangkala agak keras kepala dan ada kalanya sukar menerima pandangan dan pendapat orang lain. Selain itu soal kewangan juga harus dipandang serius kerana mereka terlalu mudah mengeluarkan wang untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah, pendek kata orangnya agak boros!.

Percintaan
Cinta bukanlah agenda utama dalam hidup individu yang tergolong dalam kategori ini. Mereka tidak serius apabila membincangkan topik berkaitan cinta. Takut pada komitmen soal ini. Walau bagaimanapun, individu di sekelingnya juga perlu berhati-hati kerana mereka yang tergolong dalam kategori ini dikatakan gemar bertukar-tukar pasangan.

TAMAN TEMA
Selalunya destinasi sebegini menjadi pilihan utama kanak-kanak.tapi tidak kurang juga, ada segelintir goilongan dewasa yang gemarkan percutian ke taman-taman tema ini. Keseronokan dan kemeriahan itulah yang dicari sehingga sanggup menghabiskan masa seharian dengan bermain-main sambil berjalan-jalan di destinasi taman tema pilihan mereka.

Personaliti
Selalunya individu yang tergolong dalam kategori ini memiliki ramai teman. Mereka gemar menghabiskan masa diluar bersama teman-teman. Sikap mudah bergaul menjadikan mereka individu yang sangat disenangi. Sikap agak keanak-anakan juga menjadi faktor mengapa ramai yang gemar mendampingi individu yang tergolong dalam kategori ini.

Percintaan
Melihat sikapnya yang agak keanak-anakan, ada kalanya membuatkan pasangannya agak bosan. Mereka sukar untuk bersikap serius sekiranya dikehendaki membincangkan sesuatu perkara. Walau bagaimanapun pasangannya harus bersyukur kerana individu yang tergolong dalam kategori ini dikatakan seorang yang tabah dan rela berkorban, khususnya untuk kebahagian pasangannya itu.

BANDAR / KOTA BERSEJARAH
Bandar bersejarah merupakan tempat utama mencari ilham bagi mereka yang berjiwa patriotik. Tak hairanlah ada yang sanggup menitiskan air mata tatkala mengingatkan pengorbanan para pejuang dahulu kala mempertahankan negara tercinta. Contohnya Melaka, pasti kita akan kagum dengan pengorbana yang telah dilaburkan. Tanpa pengorbanan tersebut oleh mereka yang terdahulu pasti kita tidak dapat menikmati kehidupan seperti sekarang ini.

Personaliti
Individu yang gemar bercuti tempat bersejarah umumnya mempunyai jiwa dan perasaan yang abstrak. Sukar di tafsirkan dan dimengertikan. Dari segi penampilan,mereka lebih gemar berpakaian ringkas dan sempoi contohnya seluar besar, baju besar, beg besar dan bersandal nipis. Mereka ini persis seniman jalanan yang gemarkan kehidupan yang sederhana.

Percintaan
Sikapnya yang agak tegas dan serius kadangkala membuatkan cinta mereka ini tidak dapat dilihat secara telus. Dan ini amat membimbangkan sekiranya pasangan mereka tidak dapat memahami dan mengenali secara lebih dekat siapakah diri mereka yang sebenar. Lazimnya mereka ini sebenarnya gemar dimanja walaupun kadangkala mereka terlalu sukaruntuk mempamerkan kasih sayang terhadap pasangan.

GUNUNG-GANANG
Mendaki gunung, berekspedisi dan menhabiskan masa di kawasa hutan merupakan saat paling indah bagi mereka yang berminat denga aktiviti lasak. Malah, peluang dapat bersama teman-teman menhabiskan cuti hujung minggu di kawasan pergunungan merupakan pengalaman paling manis bagi mereka. Satu kepuasan yang tinggi nilainya sekiranya impian untuk menawan puncak gunung yang menjadi target utama berjaya. Tak kisahlah sekiranya terpaksa mengeluarkan wang yang banyak semata-mata ingin menyertai sesebuah ekspedisi, asalkan hati puas dan gembira.

Personaliti
Selalunya, individu seperti ini tidak gemar menghabiskan masa di kompleks membeli belah atau bersembang di cafe mewah bersama teman-teman. Pada pendapat mereka, sikap begini hanya mendatangkan kerugian dan tidak memberi apa-apa makna dalam hidup mereka. Individu yang gemarkan aktiviti lasak seperti ini merupakan seorang yang berfikiran terbuka. Lasak dan berdikari. Tak hairanlah jika mereka ini bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Pastinya mereka ini bukan seorang individu yang membosankan.

Percintaan
Individu jenis ini sukakan pasangan yang mampu hidup berdikari tanpa bergantung kepada sesiapa. Malah, kebanyakan masa mereka dihabiskan dengan melakukan aktiviti lasak bersama teman-teman yang mempunyai minat yang sama dengan mereka. Selalunya mereka jenis ini bukanlah seorang yang taksub dengan cinta atau terlalu manja. Mereka gemarkan percintaan yang berlandaskan prinsip ‘ada kalanya kita bagai pasangan kekasih, dan ada kalanya kita sebagai kawan biasa’. Bagi mereka yang tidak memahami prinsip seperti ini, pasti hati mudah terhiris dan terluka. Tidak hairanlah jika individu seperti ini lebih senang menjalinkan cinta dengan kawan-kawan yang sudah mereka kenali.